(sekadar pengetahuan bersama)
aq kongsi ini utk semua para ibu2 n bakal ibu2 di luar..
PENJAGAAN BAYI YANG PRAMATANG DAN KURANG BERAT BADAN (LOW
BIRTH WEIGHT (LBW) )
S1 : Apakah definisi bayi yang kurang berat badan (LBW)?
Bayi yang lahir berat badan yang kurang daripada 2500 gram.
Bayi yang berat badannya kurang daripada 1500 gram dipanggil Very Low Birth
Weight (VLBW). Yang lahir kurang daripada 1000 gram di panggil Extremely Low
Birth Weight (ELBW)
S2 : Apakah kekerapan berlakunya kelahiran yang LBW?
Di Semenanjung Malaysia pada tahun 1989 kadar kelahiran LBW
ialah 8% (daripada jumlah kelahiran sebanyak 374,920) dan kadar kelahiran VLBW
ialah 0.5%. Di hospital-hospital besar kadarnya lebih tinggi sebab
tempat-tempat ini merupakan pusat kelahiran risiko tinggi, umpamanya di
Hospital Bersalin KL, kadar kelahiran LBW (1991) ialah 11.6% manakala kelahiran
VLBW ialah 1.4%. Dinegara-negara maju kadar kelahiran LBW antara 2-5%. Di
Malaysia kadar kelahiran LBW paling tinggi di kalangan bayi India dan paling
rendah dikalangan bayi Cina.
S3 : Apakah jenis bayi yang lahir LBW?
2/3 daripada bayi LBW adalah bayi yang lahir pramatang iaitu
kurang daripada 37 minggu gestasi. 1/3 pula adalah bayi yang Small For
Gestational Age (SGA); bayi yang kecil untuk umur gestasinya (berat badannya
kurang daripada persentil ke 10 untuk gestasinya)
S4 : Mengapakah kita memberikan perhatian terhadap bayi yang
LBW?
Bayi yang LBW merangkumi 60-70% kematian bayi-bayi pada
minggu kelahiran yang pertama. Bayi-bayi LBW juga mengalami risiko yang tinggi
terhadap berbagai-bagai jenis penyakit dalam beberapa hari pertama kehidupan
dan juga pada jangka masa yang panjang.
S5 : Apakah sebabnya berlaku kelahiran yang pramatang?
(a) Faktor-faktor
seperti darah tinggi, kencing manis, pendarahan, pangkal rahim yang tidak kuat,
pecahnya air ketumban secara pramatang (premature rupture of membranes),
jangkitan kuman dan lain-lain.
(b) Faktor-faktor
janin seperti kelahiran kembar, janin yang tidak sempurna
(c) Faktor-faktor
berkaitan seperti keadaan sosio-ekonomi yang rendah, kurang penjagaan prenatal.
(d) 50% kes-kes
kelahiran pramatang, kita tidak tahu apakah punca sebenarnya. Ia mungkin
berkaitan dengan tekanan emosi ataupun jangkitan kuman dibahagian saluran
kelahiran.
S6 : Apakah komplikasi-komplikasi awal yang mungkin berlaku
ke atas bayi yang lahir pramatang?
(a) Saiz � disebabkan saiz bayi yang
kecil dan bekalan glikogen dan lemak yang kurang, mereka sering mengalami
hipotermia (suhu badan < 35%)
(b) Infeksi � sistem pertahanan mereka
kurang matang dan paras immunoglobulin juga rendah, ini meningkatkan risiko
dijangkiti infeksi
(c) Sistem saraf
pusat � Kadar apnea dan
bradikardia tinggi daripada biasa. Kemungkinan mengalami pendarahan dalam
ventrikel (IVH) meningkat. Bayi tidak menzahirkan refleks-refleks seperti
menghisap dan menelan dan mereka perlu diberi susu melalui tiub ataupun cecair
intravena.
(d) Sistem
pernafasan � kurangnya
surfaktan menyebabkan penyakit membran hialin.
(e) Sistem
kardiovaskular � kadar
persistent duktus arteriosus lebih tinggi
(f) Sistem gastrointestinal
� kemungkinan berlakunya
ileus dan necrotising enterocolitis (NEC) juga meningkat
(g) Hati yang
kurang matang menyebabkan insiden jaundis yang lebih kerap
(h) Masalah
metabolik � mereka lebih
kerap mengalami hipoglisemia, hipokalsemia dan hipomagnesemia
S7 : Apakah komplikasi jangka panjang yang mungkin dialami
oleh bayi-bayi yang pramatang?
Kebanyakan daripada mereka akan membesar dan perkembangan
mereka seperti bayi-bayi biasa. Tetapi terdapat beberapa komplikasi jangka
panjang yang lebih kerap dialami oleh bayi pramatang jika dibandingkan dengan
bayi yang matang dan tidak LBW
(a) Sistem urat
saraf pusat � 10-15%
bayi pramatang terutamanya yang kurang daripada 28 minggu gestasi dan berat
badannya kurang daripada 1500 gram mengalami komplikasi palsi serebrum,
terencat akal, epilepsi atau hidrosefalus natijah daripada pendarahan dalam
ventrikal
(b) Pembesaran � ada sebilangan kecil tidak
membesar seperti sediakala (failure to thrive), mengalami rickets and anemia
pramatang.
(c) Sistem
kardiovaskular �
persistent duktus arteriosus (PDA) berterusan dan memerlukan pembedahan untuk
mengikatnya.
(d) Masalah
iatrogenik � kesan
sampingan oksigen kepada mata menyebabkan retinopati pramatang (ROP) dan kepada
paru-paru menyebabkan bronkopulmonaridisplasia (BPD), dan jika bayi telah
dibantu pernafasannya melalui tiub endotrakeal ia boleh menyebabkan stenosis
subglotik.
(e) Masalah
psikososial � disebabkan
rawatan yang lama diunit rawatan rapi bayi dan pemisahan diantara ibu dan bayi,
ini boleh menyebabkan perhubungan yang kurang baik diantara ibu dan bayi dan
boleh mengakibatkan bayi tidak disayangi, terbiar dan juga penderaan anak.
Bayi-bayi pramatang juga kumpulan risiko tinggi mati tanpa sebab (sudden infant
death syndrome)
S8 : Apakah pula faktor-faktor yang menyebabkan kelahiran
small for gestational age (SGA)?
(a) Faktor ibu � saiz ibu yang kecil, ibu
yang umurnya kurang daripada 20 tahun ataupun lanjut daripada 35 tahun, ibu
mengalami penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, sakit jantung,
sakit buah pinggang dan ibu-ibu yang mengambil dadah, merokok ataupun minum
arak.
(b) Faktor janin � seperti kelahiran kembar,
masalah kromosom yang tidak seimbang, janin yang tidak sempurna, infeksi
congenital seperti rubella dan virus sitomegalo
(c) Faktor
sosioekonomi � status
sosioekonomi yang amat berkurangan dan kekurangan makanan.
S9 : Apakah masalah
yang mungkin timbul untuk bayi SGA ini?
(a) Risiko
berlakunya kematian janin dan keguguran lebih tinggi daripada biasa
(b) Saiz-saiz mereka
kecil dan kurangnya stor glikogen serta lemak meningkatkan kemungkinan
hipotermia
(c) Asfiksia � mereka mengalami keadaan
hipoksia yang kronik tatkala di dalam rahim dan proses kelahiran merupakan
suatu tekanan terhadap mereka yang meningkatkan risiko mereka mengalami lemas
(asfiksia)
(d) Sindrom aspirasi
mekonium (Meconiumm aspiration syndrome �
MAS) � proses hipoksia
menyebabkan bayi ini mengeluarkan mekonium yang boleh masuk ke dalam paru-paru
sibayi
(e) Polisitemia � hipoksia di dalam rahim juga
menyebabkan ransangan kepada tulang sum-sum untuk mengeluarkan sel darah merah
yang berlebihan. Ini menyebabkan darah menjadi lebih pekat dan boleh menyekat
saluran darah kepada organ-organ badan.
(f) Metabolik � kekurangan stor glikogen dan
lemak juga meningkatkan risiko berlakunya hipoglisemia
(g) Pendarahan
dalam paru-paru �
kesemua faktor-faktor di atas boleh menyebabkan berlakunya pendarahan pulmonary
S10 : Apakah kesudahannya untuk bayi yang SGA?
Ianya bergantung kepada masalah dan komplikasi yang dialami
pada permulaan hidup dan mutu rawatan intensif yang diberi kepada bayi-bayi
ini. Secara umumnya kebanyakan mereka membesar seperti biasa dan perkembangan
mereka juga normal. Terdapat segolongan kecil bayi SGA yang tubuh badan mereka
terus kecil sekitar persentil ke 10.
S11 : Apakah prinsip-prinsip penjagaan bayi LBW?
Anda telah pun mengenali masalah-masalah yang mungkin timbul
dikalangan bayi yang pramatang ataupun yang SGA, maka anda boleh mengatur
penjagaannya dengan lebih khusus dan berkesan. Berikut adalah beberapa sasaran
kejururawatan untuk setiap bayi LBW :
(a) Pemerhatian bayi
yang rapi
Pastikan warnanya kemerahan dan tidak biru ataupun pucat.
Pasangkannya kepada monitor ECG dan tentukan kadar nadinya diantara 120-160
seminit. Monitor itu juga akan menunjukkan kadar pernafasannya yang biasanya
kurang daripada 60 seminit dan tentukan alarm apneanya pada 20 saat. Monitor
saturasi perlu untuk memastikan saturasi oksigen diantara 90-95%. Pastikan
tekanan darahnya normal, iaitu sistoliknya tidak kurang daripada 40 mmHg dan
tidak melebihi 90 mmHg. Sebaiknya kesemua pemerhatian ini dilakukan secara
berterusan kerana ini akan mengurangkan anda memegang bayi dan kita boleh lihat
haluannya. Masukkan semua maklumat ini ke dalam carta.
(b) Pastikan suhu
badannya normal
Disebab risiko kesejukan, pastikan suhu badan bayi normal
diantara 36.5 � 37.0C.
Mereka perlu dijaga dalam incubator pada permulaannya. Anda boleh gunakan
kaedah servo control ataupun manual control. Cara-cara lain untuk menentukan
bayi tidak sejuk termasuk mengguna Perspex shield, mengguna plastik 'cling
wrap' atau foil aluminium. Pastikan bayi tidak basah dan kepalanya ditutup dengan
topi (bonnet).
(c) Pastikan
pemakanannya
Mereka memerlukan pemakanan yang awal. Jika keadaannya tidak
stabil terutamanya bayi pramatang, cecair intravena yang mengandungi dekstros
perlu dimulakan. Bayi SGA selalu boleh hisap dan mereka boleh dibenarkan
menyusu, sebaik-baiknya susu ibu. Jika tidak, berikan susu melalui tiub
nasogastrik.
(d) Cegah daripada
jangkitan infeksi
Anda mestilah prihatin terhadap tanda-tanda awal berlakunya
jangkitan kuman. Apabila memegang pastikan tangan anda sudah dibasuh dan
sentiasa guna kaedah-kaedah aseptik, Ramai daripada bayi-bayi ini terutamanya
yang pramatang dimulakan dengan antibiotik kerana sistem ketahan mereka yang
berkurangan dan disebabkan oleh risiko tinggi infeksi daripada kateter di
pusat, infusi intravena, nutrisi parenteral dan tiub endotrakeal untuk membantu
pernafasan.
(e) Jaga
kebersihannya
Kurangkan sentuhan bayi kepada yang minima kerana ini boleh
mengakibatkan serangan hipoksia, sianosis dan apnea. Beri perhatian terutamanya
kepada bahagian pusat, mata dan bahagian lampin apabila melakukan "top dan
tail"
(f) Pastikan dia
tidak kurang oksigen (hipoksik)
Jika perlu berikan oksigen melalui kotak kepala ataupun
melalui alat ventilator. Pastikan oksigen itu dihangatkan dan dihumidikasi.
Oksigen yang diberi mesti selalu dianalisa kandungannya disebabkan masalah
kerosakan otak jika oksigen berkurangan dan kesan sampingannya jika berlebihan.
Gas darah arteri (Arterial blood gas) perlu diambil dan dikawal pada tahap yang
normal.
(g) Penjagaan bayi
yang dibantu dengan alat ventilator
Bayi-bayi ini terutamanya yang pramatang seringkali memerlukan
bantuan pernafasan dengan alat ventilator. Mereka memerlukan rawatan
kejururawatan yang intensif diunit yang lengkap dengan alat serba canggih.
(h) Bantu untuk
mengeratkan hubungan bayi dengan keluarga
Pastikan ibu dan bapa boleh mengunjung dan melihat bayi pada
bila-bila masa. Berbual dengan ibubapanya dan berikan maklumat yang terkini
mengenai perkembangan keadaan bayi. Cuba fahami kerunsingan ibubapa dan masalah
sosio ekonomi yang mungkin ada. Fahami dan sampaikan kepada doktor-doktor
kehendak keagamaan ibubapa seperti keinginan untuk azankan anak. Tanyakan nama
bayi dan galakkan ibubapa untuk bercakap dengan bayi dan menyentuhnya dan bagi
si ibu untuk melibatkan diri dalam penjagaan bayi. Galakkan ibu untuk memberi
susu ibu.
DR. MUSA MD NORDIN
(Persatuan Paediatrik Malaysia)