NUFFNANG

Thursday, 4 April 2013

Monday, 25 March 2013

pesanan utk isteri•*¨*•*ღ

ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ
10 pesanan jadi isteri solehah
ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ
 
1) Sentiasa menjadi pendamping suami, menerima segala kekurangan dan tidak membebankan suami.
2) Mendengar dan mentaati suami.
3) Memberi layanan baik kepada suami, pelihara anak dan menjaga rumah tangga.
4) Sentiasa tampil menarik dan wangi untuk suami.
5) Mampu mewujudkan hubungan intim yang baik dengan suami.
6) Menjaga makan minum suami yang betul, tepat serta waktu tidur bagi elak emosi suami terganggu.
7) Sentiasa menjaga kebersihan diri dan tempat tinggal.
8) Amanah menjaga harta benda dalam rumah tangga.
9) Isteri tidak boleh membuka aib suami dan hal rumah tangga kepada orang lain.
10) Isteri kena jadi orang yang paling mengagungkan suami.

ღDuhai bakal imamkuღ

ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ
بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ

Duhai bakal imamku,
Namamu kah yang tertulis di Luh Mahfuz sana?
Engkaukah yang bakal menemaniku ke jalan menuju syurgaNya?
Dirimukah yang akan melengkapkan separuh dari agamaku?

Aduhai imamku…
Adakah kau yang tercipta untukku???
Jawab pertanyaanku ini, jawab !
Kau takkan pernah dapat memberi jawapan kerana jawapannya bukan di tanganmu..
Tetapi di tanganNya…di tangan Tuhan kita..Allah SWT
Tuhanku dan Tuhanmu,

Duhai bakal zaujku,
Jemput diriku apabila waktunya telah tiba..
Sebelum sampai saat itu,
Biarkanlah aku sendiri bersama Dia,
akan kucipta cinta bersama Dia,
sebelum kucipta cinta antara kita,
jadikanlah dirimu kumbang yang hebat,
dan…
doakan aku agar menjadi bunga yang mekar..
mekar mewangi di taman syurga..

oleh itu..
aku tinggalkan dirimu padaNya…
kerana hanya Dia saja sebaik2 tempat perlindungan..
InsyaAllah..

Ya Allah,
bantulah aku untuk menjaga hatiku,
daripada mengingati si dia yang belum halal untukku,
Dan bila saatnya telah tiba,
maka indahkanlah cinta kami dengan redhaMu..
Aamiin ya Rabbal Alamiin

Tuesday, 19 March 2013

konvo ku ~♥~♥

wah!!!
rindunya kat iTu@ku <3 p="">lma rsanya x update kan..

bnyk kenangan pahit manis sedih slma aq x update iTu@ku ni....
tp yg penting kita mesti HEPPY!!!! =)

Sblom tu >>.................... alfatihah untuk arwah abah, atok.... amin!!
<<<<<<<<<>>>>>>>>>

alhmdllh akhirnya aku berjaya menamatkn pengajian aku selama 3 tahun di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis... baru minggu lepas aq ng fmly p perlis..
terharunya aq bila dpt tahu fmly aq pn join... mula2 mmg kami rncang nk p bercuti 1 fmly kt sna sma p langkawi.. tapi........ lepas arwah abah pergi rncgn smua x mnjadi sedih smua ada sbb msa tu aq da niat nk mik gmbr sma2 1 fmly... tp nk wat cm ne kn tuhan lebih syg kn arwah abah.. emmm xpe la aq doakn arwah abah sntiasa baik di alam sna begitu juga fmly aq smga bahagia slamya... amin!!

ha!!! x mo cedih2 la hehe
yg pergi bia pergi kta yg ada ni prlu truskn khidupan... insyaallah

sambung konvo aq td...

10/3/13
10mlm   - tolak dr larkin menuju kedestinasi iaitu perlis hehehe
 rindunya aq kt sna terutma pd kwan2 yg 3 tahun brsma2 hehehe
aq g ngn mak je msa tu... along, angah yg anta smpai larkin... angah smpai nagis sbb x dpt join aq pnya konvo hehehe hhuk3.. aq x kesah ponw tp ada la ckit terharu...

11/3/13
7.30pg   - awalnya smpai cept btol pakcik bas ni bwa...
smpai je kat sna kami berhnti di changlun.. mak kata mak nk sarapan dlu... ok la kta srapan dlu.. order la nasi lemak ngn roti canai... emm cedapnya hehe (ada rahsia dsblik iTu hehe)
dah knyg kami pn bertolak ke poli.. *WELCOME TO PERLIS* wah srnknya prgi lg rupanya aq ke sna huhu...
nasib la ad asmira.. kami tmpg rehat skjp kt bilik sewa asmira.. dia kta ok kami on je hehehe.. thnk asmira <3 p="">aq tngalkn mak ngn mak asmira di blik sbb aq kna p mik jubah... akhirnya jmpa kwan2 hehe rindu ya kat kamo...
seronok tgk diorg... yg pling srnk tgk bila tau diorg da ada yg tunang, kawin.. peyh jelousnya huk3.. (aq bila lg yek??)    ('',)
selesai je smua kami p uma kak aima.. tmpg tdo dsna... ada la dlm 3 hari 2 mlm dsna...

12/3/13 - sepatonya pg ni aq kna tgk k.on konvo.. tp dsbbkn aima x da spa2 bwa kami dok je la uma.. huhu.. cedih x pat mik gmbq ng k.on... tp x pe la jnji dpt jmpa...
lagi 1... hati risau sbb dgr along, angah ngn ijul nk mai.. emm x bleyh tdo aq.. tp hepy la cz diorg sngup dtg jauh2 smpai nk tertngal smua kaki .. haha

13/3/13 
12tghari  - akhirnya smpai gak diorg ke perlis n poli aq.. alhmdllh cian tgk diorg keletihan.. lg2 ijul x tdo katanya alooo2 cianya ia hehehe
aq msuk dwan kul 2ptg dpt gak la diorg rehat2 kn bdn.. selesai smua dlm kul 6ptg kami pn brtolak balik... skjp je rsanya msa berlalu...
bila la agknya dpt jmpa kwan lg kn????..
selamat jalan perlis selamat dtg johor...
alhmdllh slmt smpai kt uma pd kul 6ptg... lma kn?.. sbbnya kami bnyk menyinggah hehe.. cm2 belinya... smpai x muat tmpt hehe.. seronok2

ok la iTu@ku x tau dah ni nk citer ape lg/...
sekali lagi aq nk ucapkn TERIMA KASIH SEMUA syg semua!!!! ~~♥ 

photo kenangan




 

Thursday, 1 November 2012

KeLuargA Nabi kita MuhamMad s.A.W


Nama penuh: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim

Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim

Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf

Nama datuk: Syaibah bin Hâsyim dikenal dengan nama ‘Abdul Muttalib

Bapa-bapa saudara:
• Al-Harith bin Abdul Muthalib
• Muqawwam bin Abdul Muthalib
• Zubair bin Abdul Muthalib
• Hamzah bin Abdul Muthalib
• Al-Abbas bin Abdul Muthalib
• Abu Thalib bin Abdul Muthalib
• Abu Lahab bin Abdul Muthalib
• Abdul Kaabah bin Abdul Muthalib
• Hijl bin Abdul Muthalib
• Dzirar bin Abdul Muthalib
• Ghaidaq bin Abdul Muthalib

Nama Ibu susuan Rasulullah:
- Ibu susuan pertama Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
- Ibu susuan kedua Halimah binti Abu Zuaib As-Sa‘diah (lebih dikenali Halimah As-Sa‘diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

Nama isteri pertama dan usia baginda berkahwin:
Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah pada 25 tahun

Nama isteri-isteri Rasulullah:
1. Khadijah bt. Khuwailid al-Asadiyah r.a
2. Saudah bt. Zam’ah al-Amiriyah al Quraisiyah r.a
3. Aisyah bt Abi Bakr r.a (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah bt. Umar bin al-Khattab r.a (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab
5. Ummu Salamah Hindun bt. Abi Umaiyah r.a (digelar Ummi Salamah)
6. Ummu Habibah Ramlah bt. Abi sufian r.a
7. Juwairiyah ( Barrah ) bt. Harith
8. Safiyah bt. Huyay
9. Zainab bt. Jansyin
10. Asma’ bt. al-Nu’man al-Kindiyah
11. Umrah bt. Yazid al-Kilabiyah
12. Zainab bin Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)

Nama anak-anak Rasulullah:
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’
8. Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).[anak tiri Rasulullah]

Pengalaman bekerja Rasulullah:

* Semenjak kecil lagi, baginda telah menternak kambing dan berniaga membantu bapa saudaranya.
* Abu Talib telah membawa baginda ke Syam (Syria) bagi membantunya berniaga.
* Apabila baginda telah agak dewasa, baginda telah mula menjalankan perdagangan baginda sendiri secara kecil-kecilan dan menjalankan perniagaan dengan menggunakan modal orang lain kerana baginda sedar bapa saudaranya bukanlah terdiri daripada orang yang berada dan beliau terpaksa menyara sebuah keluarga yang besar.
* Ketika baginda berusia dua puluh lima tahun, baginda telah pergi ke Syam untuk kali kedua bagi menjalankan perniagaan Sayidatina Khadijah. Bukti Rasulullah adalah seorang ketua keluarga yang patut dicontohi: Rasulullah merupakan seorang yang pengasih.
* Sebagai seorang suami, baginda sering membantu isteri menjalankan urusan rumah seperti memasak, menampal pakaian yang koyak, memmbersih rumah dan menjaga anak.
* Sebagai seorang bapa, baginda memberi pendidikan agama yang secukupnya dan menjadi seorang contoh yang baik kepada anak-anak.

Gelaran Al-Amin: Baginda merupakan seorang yang jujur, amanah dan budi pekerti. Perkataan dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai sehingga baginda diberi gelaran al-Amin oleh masyarakat Arab Quraisy.

Sifat-sifat terpuji Rasulullah:
- Berkata benar (siddiq)
- Boleh dipercayai (amanah)
- Penyampai ajaran Islam (tabliq)
- Bijaksana (fatanah)

kepimpinan Rasulullah disebalik peristiwa banjir di kota Mekah ketika Rasulullah berusia 35thn: Kota Mekah telah dilanda banjir kilat yang menyebabkan dinding kaabah pecah dan runtuh. Kaum Quraisy telah membina semula bahagian yang runtuh. Kemudian timbul perbalahan antara ketua kaum Quraisy yang berebut untuk mengangkat dan meletakkan Hajar Aswad di penjuru sebelah timur bangunan kaabah. Perbalahan ini hampir menimbulkan peperangan. Rasulullah telah menjadi hakim bagi menentukan kedudukan Hajar Aswad dan secara tidak langsung Rasulullah telah meleraikan perbalahan antara ketua kaum Quraisy.

Peristiwa Rasulullah menerima wahyu:
- Wahyu pertama diterima Rasulullah pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M)
- Ketika itu Rasulullah berusia 40 tahun.
- Wahyu tersebut diterima baginda di Gua Hirak al-Jabar Nur.
- Surah al-Alaq, wahyu pertama yang berbunyi “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. ”
- Wahyu kedua, surah al-Muddasir (ayat 1-7) diturunkan di Bukit Nur berhampiran Makkah.
- Wahyu kedua ini menandakan pelantikan baginda sebagai Rasulullah atau pesuruh Allah.

Tokoh-tokoh awal memeluk Islam:
• Zaid bin Harithah (anak angkat nabi)
• Ali bin Abu Talib (sepupu nabi berusia 10 tahun)
• Khadijah binti Khuwailid (isteri nabi dan orang pertama memeluk Islam)
• Abu Bakar al-Siddiq (sahabat karib)

wahyu pertama yg diterima oleh Rasulullah, masanya dan usia Rasulullah:
- Wahyu pertama iaitu dari surah al-Alaq yang berbunyi “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. ”
- pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M)
- Berusia 40 tahun.

Keadaan Rasulullah ketika menerima wahyu:
Pada suatu ketika sedang dia bertafakkur itu datanglah malaikat kepadanya, lalu berkata: “Bacalah!” (Iqra’). Lalu Rasulullah menjawab; “Saya tidak pandai membaca.” Lalu kata beliau: “Maka diambilnya aku dan dipagutnya sampai habis tenagaku. Kemudian dilepaskan¬nya aku dan dia berkata pula: “Bacalah!” Tetapi aku jawab: “Aku tidak pandai membaca!” Lalu dipagutnya pula aku sampai habis pula tenagaku.

Kemudian ditegakkannya aku baik-baik dan dikatakannya pula: “Bacalah!”, yang ketiga kali, lalu berkatalah malaikat itu: “Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menjadikan,” sampai kepada ujung “Yang telah mengajarkan kepada manusia apa yang dia tidak tahu.” Setelah sampai pada ujung ayat tersebut malaikat itu pun ghaiblah dan tinggallah beliau seorang diri dalam rasa kengerian.

Lalu beliau segera pulang kepada isterinya Khadijah. Lalu beliau berkata: “Selimutilah aku, selimutilah aku.” (Zammiluuni, zammiluuni). Maka segeralah orang-orang dalam rumah menyelimuti beliau, sampai rasa dingin itu hilang. Lalu berkatalah beliau kepada Khadijah: “Hai Khadijah, apakah yang telah terjadi atas diriku ini?” Lalu beliau ceriterakan segala yang telah beliau alami itu, akhirnya beliau berkata: “Aku ngeri atas diriku..


ya allah meremang bulu roma ketika membaca salasilan n sejarah nabi muhammad s.a.w
ya allah lindungilah aku & keluargaku
amin ya rabbalalamin

Monday, 24 September 2012

Selepas k@win nantI






 Isteri masak ~>; suami makan.
Suami imam ~> isteri makmum.
Suami baca doa ~>; isteri aminkan.
Isteri merajuk ~> suami pujuk.

~ Hidup saling melengkapi selepas perkahwinan. Bahagia kan?('',)

~ Itulah KEMANISAN sesudah sebuah PENANTIAN

~ Walaupun PENANTIAN itu satu PENYIKSAAN tapi percayalah sebuah penantian yang disandarkan kepada REDHANYA tak kan sia2 dan kita akan merasai satu ANUGERAH yang tak terhingga dari sebuah PENANTIAN yang penuh dengan KESABARAN. InsyaAllah

Friday, 21 September 2012


SINGLE - Jangan bersedih kerana ALLAH akan memberi yang terbaik
 nanti

COUPLE - Jangan terlalu seronok kerana di waktu inilah saham dosa meningkat

TUNANG - Jangan terlalu lama kerana ia akan menimbulkan pelbagai masalah

BERNIKAH - Jangan terlalu leka kerana telah diberikan tanggungjawab yang akan dipersoalkan di akhirat kelak

BERCERAI - ALLAH membenci hambaNya yang bercerai-berai