Rambai (Baccaurea motleyana Mull) merupakan sejenis buah-buahan tropika dari Keluarga Euphobiaceae yang dipercayai berasal dari Malaysia dan Indonesia. Tanaman ini juga terdapat di Thailand, Filipina dan juga beberapa kawasan di Asia Tenggara.

buah rambai
Kajian mendapati hanya ada 5 varieti rambai yang wujud di Malaysia iaitu :-
- Rambai Telur
- Rambai Hijau atau Rambai Lumut
- Rambai Jantung
- Rambai Langkawi
- Rambai Sarawak.
Kegunaan lain pokok rambai ialah untuk dijadikan pokok hiasan, pokok naungan selain dari kayunya yang boleh dijadikan tiang atau perabut atau ukiran.
Buah rambai boleh di makan segar dengan memakan isinya dan dibuang kulitnya.
Selain itu kulit buah rambai boleh dikeringkan selama 2-3 hari untuk dibuat halwa, jeruk dan sebagainya.
Kulit yang telah kering berwarna hitam jika di proses jadi serbuk yang dipercayai mampu melicinkan kulit muka.
Kulit batang pokok rambai juga boleh digunakan sebagai bahan pewarna.
Batang Rambai dewasa boleh digunakan sebagai tiang walau pun kualiti kayunya agak rendah.
Ada orang yang akan ambil kulit kayu rambai dan dicampurkan dengan kayu sepang dan akar senduduk yang dijadikan warna merah untuk mewarnakan kain batik.
sumber dari EN C.H. ONG - Buah Khasiat makanan dan Ubat
> kulit ditumbuk lumat dah perah utk dapatkn airnya
- utk ubat mata
> kulit rambai juga boleh dijadikan losyen (xyah ssh2 nk beli hik2..tp jgn buat sembrgan tau tkot kulit sensitif)
- utk sakit kulit sprt panau, kurap, ulat air dll
> boleh digunakan utk ramuan rempah ratus dan ianya direbus utk diminum oleh ibu2 bersalin.
> Rambai banyk mengandungi vitamin C yg tinggi selain mengandungi serabut, gula, protein dan air...
sumber copy dr M Anem
ni plak resipi msk lemak kulit rambai sumber dr akak bloger Warisan Timur...
nyum2 mcm sdap tp x cba lg kuikui
bahan2 cara2
1kg buah rambai (kupas & ambil kulitnya)
5 ekor ikan selayang a.k.a sardin ( direbus)
1 biji kepala (ambil santannya)
3 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
½ biji bawang besar ( potong wedges)
1 biji cili hijau (dihiris besar)
1 biji cili merah (dihiris besar)
3 urat kacang panjang ( potong 2 inci)
1 papan petai ( kopek buang kulitnya)
Garam secukupnya
Cara penyediaan :
Celurkan kulit rambai dan toskan. Ramas perlahan-lahan untuk hilangkan air pada kulit.
Ikan yang di rebus ditumbuk bersama-sama dengan bawang merah dan bawang putih.
Masukkan kulit rambai, kacang panjang, petai dan ikan yang telah ditumbuk bersama bawang ke dalam periuk. Masukkan santan dan masak sehingga mendidih.
Masukkan bwang besar, cili hijau, cili merah dan garam. Didihkan sehingga masak.
Sedia untuk dihidang.